Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #405 : CARA MENGANGKAT TANGAN KETIKA BERTAKBIRATUL IHRAM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 405 (17 OKTOBER 2016 M / 16 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Assalamualaikum WBT. Saya lihat terdapat pelbagai cara orang mengangkat takbir. Ada yang saya lihat, diangkat paras bahu. Ada juga yang saya lihat diangkat paras cuping telinga. Mana satu yang betul?

JAWAPAN:

Terdapat beberapa cara bagaimana Nabi SAW mengangkat tangan ketika bertakbir. Kesemuanya ini terdapat di dalam hadith Nabi SAW. Kami nukilkan satu persatu sebagai rujukan bagi pihak tuan:

1- Nabi SAW mengangkat takbir sejajar dengan bahu. Ini berdasarkan sebuah hadith Ibn Umar R.Anhuma, iaitu:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم افْتَتَحَ التَّكْبِيرَ فِي الصَّلاَةِ، فَرَفَعَ يَدَيْهِ حِينَ يُكَبِّرُ حَتَّى يَجْعَلَهُمَا حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ، وَإِذَا كَبَّرَ لِلرُّكُوعِ فَعَلَ مِثْلَهُ، وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏.‏ فَعَلَ مِثْلَهُ وَقَالَ
Maksudnya: Aku telah melihat Nabi SAW membuka takbir di dalam solat (iaitu memulakan solat dengan bertakbir), dengan mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir sehingga sama pada bahagian bahunya. Ketika bertakbir untuk rukuk juga Baginda melakukan sedemikian dan ketika Baginda mengucapkan: "Sami'allu liman hamidah", Baginda melakukan sedemikian juga.
Riwayat Al-Bukhari (738) & Al-Nasa'ie (876)

2- Nabi SAW mengangkat takbir sejajar dengan cuping telinga. Ini berdasarkan hadith Malik bin al-Huwairith RA, iaitu:

...أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا كَبَّرَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا أُذُنَيْهِ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika bertakbir, mengangkat kedua tangannya sehingga bersetentang dengan cuping telinga...
Riwayat Muslim (391)

Kesimpulan
Berdasarkan dua hadith yang dikemukakan di atas, dapat disimpulkan bahawa kedua-dua cara yang disebutkan adalah sunnah kerana kedua cara tersebut dilakukan oleh Nabi SAW. Boleh sahaja dipilih mana satu yang ingin diamalkan.

Wallahu a'lam.