Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Bertawaf dengan menggunakan Go Pro

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 146 (11 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 1 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Assalamualaikum Datuk,

Apa hukumnya mengambil video dengan Go Pro semasa tawaf, dengan niat untuk berkongsi pengalaman tentang ibadah ini.

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Syarat sah tawaf ialah sejajar bahu kiri dengan Kaabah. Jika penggunaan Go Pro boleh mengakibatkan bahu kiri beralih daripada menghadap Kaabah, maka tidak sah tawaf itu. Juga ulama meletakkan bahawa syarat sah tawaf ialah bahawa berniat dengan semata-mata tawaf dan bukan untuk perkara lain. Justeru, kami sarankan supaya tidak menggunakan Go Pro agar matlamat dan nawaitu orang yang bertawaf itu, serta tawajjuh bulat-bulat kepada-Nya tanpa ada sebarang kecenderungan niat ke arah yang lain. 

 Wallahua`lam.