Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ISU DERMA KORBAN: ADAKAH YANG DITAJA PERLU TAHU?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 104 (3 SEPTEMBER 2015 / BERSAMAAN 20 ZULKAEDAH 1436H)

Gambar hiasan

 

Assalamualaikum, saya nak bertanya berkenaan ibadah qurban.

  1. Jika ada dermawan yang nak menaja (duit/lembu qurban) bagi tujuan qurban, adakah tuan badan yg ditaja itu perlu tahu?
  2. Apakah status ibadah qurban ke atas orang yang ditaja? Adakah cukup sah syarat ibadah qurban? Sebab saya ada semak syarat org yg dituntut membuat qurban ialah yg berkemampuan.

Terima kasih

 

JAWAPAN

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

  • Yang diderma itu tidak perlu tahu. Dalam hal ini, perkara yang penting ialah niat. Sebaik-baiknya, penderma tersebut memberikan binatang korban itu kepada orang yang ingin berkorban.
  • Cara kedua, penderma itu sendiri memang ingin berkorban dan orang yang diberikan haiwan itu hanya bertanggungjawab sebagai wakil.
  • Boleh berkorban sekalipun tidak mampu jika ditaja atau diberikan seperti seorang ayah ingin berkorban untuk anaknya yang kecil.

 

Wallahuaʿlam