Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #548 : SOLAT SUNAT QABLIYYAH JUMAAT

Soalan: Selepas azan pertama Jumaat terdapatkah solat sunat qabliah?

Jawapan:

Ulama khilaf dalam masalah ini. Ada yang menyatakan terdapatnya solat sunat qabliah dan inilah pendapat yang masyhur dalam kalangan jumhur dan ulama Syafie. Mereka berdalilkan hadis:

بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلَاةٌ

Maksudnya: “Diantara setiap dua azan ada solat.”

Riwayat al-Bukhari (624)

Maksud dua azan di sini ialah azan dan iqamah. Justeru qias kepada solat zohor yang ada padanya solat sunat qabliah maka begitu juga dengan solat sunat qabliah jumaat. Kami cenderung kepada pandangan adanya solat sunat qabliah jumaat. Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dalam agama. Amiin.