Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

MUSTAJAB DOA ORANG YANG BERPUASA

SOALAN 26 (24/06/2015 BERSAMAAN 07 RAMADAN 1436H)

Benarkah orang yang berpuasa mempunyai doa yang mustajab?

 

JAWAPAN

Ya, ini berdasarkan hadis daripada Ibn Umar R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِلصَّائِم عِندَ فِطْرهِ دَعْوَةً لا تُرَدُّ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”

(Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)

           

Mengikut riwayat daripada Ibn Abi Malaikah bahawa beliau telah mendengar Abdullah bin Amru berdoa ketika beliau berbuka puasa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang meluas setiap sesuatu supaya mengampuni daku (dosaku).”