Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Irsyad Fatwa: Edisi Khas Ramadhan

HUKUM NIAT PUASA SEKADARNYA DAN NIAT PUASA DALAM SOLAT

SOALAN 34 (25/06/2015 BERSAMAAN 08 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum sekadar niat “aku berpuasa esok hari” sahaja dan juga niat puasa ketika dalam solat?

 

JAWAPAN

Tidak memadai niat puasa Ramadan dengan hanya berniat “aku berpuasa esok hari” sahaja, tetapi mestilah menyebut bulan Ramadan. Ini kerana ia merupakan ibadat yang disandarkan kepada waktu. Justeru, wajib ta’yinkannya. Tetapi pendapat yang muktamad ialah tidak wajib disertakan niat perkataan fardhu kerana puasa Rmadan itu sendiri daripada mukallaf yang semestinya fardhu. Inilah pendapat Syeikh Ba Alawi dalam Bughiyah al-Mustarsyidin.

            Sah niat puasa dalam hati walaupun ketika dalam solat, sebagaimana di dalam kitab al-Majmu’. Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Dengannya, diketahui bahawa sah niat i'tikaf dalam solat.”