Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Muqaddimah

Alhamdulillah, berdasarkan situasi semasa dan keperluan masa kini di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, maka Unit Buhuth (Penyelidikan) akan mengemukakan satu kolum baharu yang bersifat lebih kepada penyelesaian kepada isu pelampau dan ekstremisme agama. Pemikiran seperti ini amat perlu diluruskan sepertimana yang berlaku dalam sejarah sebagaimana Saidina Umar al-Khattab r.a memperbetulkan rakyatnya dan Ibn ‘Abbas memperbetulkan golongan Khawarij.

Dengan sedikit pengalaman, maka kami akan menekuni isu-isu yang berlaku menurut neraca syariah. Ruangan ini berbeza dengan kolum al-Afkar kerana ia lebih kepada isu-isu berkaitan aqidah, iman dan kufur. Manakala kolum ini lebih kepada menangani pemikiran radikal dan ekstrem yang bercanggah dengan neraca dan roh syariat Islam. Dengan itu, kami alu-alukan sebarang bentuk cadangan, pandangan dan persoalan daripada semua pihak mengenai isu-isu yang berkaitan.

Semoga dengan terwujudnya kolum ini, masyarakat akan mendapat kefahaman yang jelas dan pencerahan yang tuntas sesuai dengan nama kolum ini iaitu, “Tashih al-Mafahim” bermaksud, “Meluruskan Kefahaman”.

SS Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan