Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #37 : PRINSIP ILMU YANG SAMPAI KE HATI PENDENGAR

SOALAN 37 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)

 

 Apakah prinsip ilmu yang diamalkan oleh ulama silam mahupun zaman sekarang sehingga penyampaian mereka masuk ke hati pendengar?

 

JAWAPAN

Pertamanya mereka mengikhlaskan kerana Allah. Keduanya, mereka menuntut daripada guru-guru yang benar ikhlas dan barakah talaqqi serta hati yang bersih disamping mereka beramal dengan ilmu mereka menyebabkannya kesan penghayatan ilmu memberi kefahaman dan kebaikan kepada hati-hati yang mendengarnya.