Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #40 : AURAT MUSLIM TERHADAP KELUARGANYA YANG TIDAK MUSLIM

SOALAN 40 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai Mualaf. Ayah seorang cina (belum masuk Islam), ibu orang Filipina (juga belum masuk Islam). Anak perempuannya sudah menganut agama Islam. Ibu dan bapanya telah bercerai. Ibunya mengahwini seorang lelaki melayu dan telah menganut agama Islam. Soalannya, apakah hukum jika anak perempuan tersebut tidak memakai tudung di hadapan ayah kandungnya yang masih cina?

 

JAWAPAN

Nas al-Quran menunjukkan hubungan ayah dengan anak tetap dikira sebagai mahram kerana itulah hakikat hubungan yang sewajarnya dipelihara oleh mana-mana orang yang memeluk Islam dengan kaum keluarganya seperti ibu bapa yang belum lagi memeluk Islam. Tetapi, memakai pakaian yang mempunyai tatasusila kesopanan jauh lebih baik da nmenjadi uslub dakwah kepada si bapa untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.