Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #33 : HUKUM SEJADAH ADA TULISAN RUMI

SOALAN 33 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Apa hukum sejadah ada sulaman tulisan rumi (terjemahan bacaan dalam solat) bagi memudahkan orang yang bersolat untuk faham?

 

JAWAPAN

Jika sekiranya ia daripada ayat al-Qur’an maka tidak dibolehkan kerana dibimbangi dipijak dan ada penghinaan. Menukarkan tulisan al-Quran daripada Arab kepada rumi dalam pengejaannya tidak dibenarkan. Berkenaan dengan maksudnya sahaja, maka ia menjadi khilaf di kalangan ulama’. Saya lebih cenderung kepada tidak dibolehkan supaya mengekalkan makna solat dengan solat dan bukan membawa kepada membaca dan menumpukan pembacaan yang tertera pada sejadah.