Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM MENGERJAKAN SOLAT DI RUMAH NON-MUSLIM

SOALAN 53 (18/05/2015 BERSAMAAN 29 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya seorang mualaf. Saya ingin bertanya berkenaan hukum mengerjakan solat di rumah non muslim contohnya rumah keluarga saya yang bukan muslim. Dalam rumah itu juga mempunyai tokong sembahan nenek moyang mereka. Barakallahu feekum.

 

JAWAPAN

Boleh berdasarkan kenyataan Saidina Umar berkenaan solat dalam gereja ketika pembukaan Baitul Maqdis. Yang penting tempat solat itu bersih. Elakkan daripada mengadap ke arah tokong sembahan.