Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SYAK BERNAZAR ATAU TIDAK

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 193 (22 FEBRUARI 2016 M / 13 JAMADILAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Guru. Mohon bertanya. Saya telah dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan yang lalu. Saya tak ingat samada sebelum peperiksaan kali ini saya ada bernazar atau tidak. Bila cuba diingat-ingat semula, memang tak pasti. Bimbang-bimbang ada nazar, cuma saya dah lupa. Bagaimana penyelesaian bagi masalah saya ni ya?

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kaedah mengatakan:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Perkara yang yakin itu tidak boleh dihilangkan syak.

Maka, perkara yang yakin ialah kita tidak bernazar dan berterusan hal itu sehingga datang dalil yang mengatakan sebaliknya. Walau bagaimana pun, sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan berhati-hati , eloklah kita memperbanyakkan amalan soleh termasuklah amalan seperti yang kita syak kita nazarkan itu.

Wallahua`lam.