Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 154 (15 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 5 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Assalamualaikum tuan, 

Saya ada satu soalan, bolehkah saya sapu muka saya (umpama mengaminkan) selepas bacaan qunut ketika solat subuh?

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Para ulama Syafieyyah terbahagi kepada tiga pendapat berkenaan hal ini. Pertama, berdoa qunut sambil mengangkat tangan dan tidak menyapu muka selepasnya. Kedua, berdoa dengan mengangkat tangan dan menyapu muka selepasnya. Ketiga, tidak mengangkat tangan ketika berdoa dan tidak juga menyapu muka. Pandangan yang pertama ialah asah (lebih sahih) menurut Imam Nawawi Rahimahullah. Sila rujuk al-Adzkar (hal. 61-62)

Wallahua`lam.