Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 158 (19 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 9 RABIULAKHIR 1437H)

 
SOALAN:
 
Assalamualaikum ustaz,
 
Nak tanya satu soalan. Kan orang cakap sunnah Nabi SAW semasa tidur kena mengiring ke kanan dan lebih elok mengadap kiblat . Tetapi kalau katil saya tidak mengadap kiblat dan kalau saya mengiring ke kanan, badan saya tidak pandang ke kiblat. Mana satu yang saya kena pilih, nak pandang kiblat ke mengiring ke kanan?
 
Terima kasih, wassalam.
 
 
JAWAPAN:
 
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Hal ini berkaitan dengan adab dan tidak membawa kepada haram jika tidak melakukan, yakni tidak mengadap kiblat atau mengiring. Daripada al-Barra’ bin Azib, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَأْ وُضُوءَكَ للصَلاةِ، ثُمَّ اضْطَّجِعْ على شِقِّكَ الأَيْمَنِ

Maksudnya: “Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwudhulah seperti engkau berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlahlah di rusukmu sebelah kanan “

Hadis riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (6544)

 

Nabi SAW juga direkodkan pernah baring terlentang di dalam masjid sambil salah satu kakinya diletakkan atas yang lain. Daripada Abdullah bin Zain al-Mazini:

رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَلْقِيًا فِي المَسْجِدِ، وَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الأُخْرَى

 

Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW baring terlentang di dalam masjid, sambil meletak salah satu kakinya atas kaki yang lain

Hadis riwayat Bukhari (475) dan Sahih Muslim (2100)

 

Wallahua`lam.