Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

adab makan ketika berada di luar negara

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 148 (12 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 2 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Salam ustaz,

Apakah hukum memakan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam bagi yang berada di luar negara?

Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

Hukumnya ialah harus jika masakan itu tidak memiliki unsur-unsur yang haram dan bernajis. Walaupun begitu, sebahagian ulama menyarankan agar kita tidak melazimi makan melainkan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa dan tidak melazimi memberi makan melainkan kepada orang bertaqwa.   Wallahua`lam.