Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #971: PEMBAHAGIAN HARTA DAN WANG TUNAI MENGIKUT HUKUM SYARAK

bahagi harta.JPG

Soalan

Arwah bapa mertua saya, telah membeli 3 harta berbentuk sebuah rumah banglo berharga sekitar RM500,000 dan 2 keping tanah tapak rumah bernilai sekitar RM235,000 di Kedah pada tahun 1993. Kedua-dua harta ini dibeli menggunakan nama saya (menantu).

Kegawatan ekonomi hujung 90an menyebabkan kadar bank naik, menyebabkan rumah banglo tersebut terpaksa dijual. Hasil dari jualan banglo ini, saya menerima wang tunai RM40,000 setelah ditolak hutang bank (pinjaman bank dibuat atas nama saya oleh arwah bapa mertua saya). Wang tersebut masih dalam pegangan saya, kerana sebab-sebab tertentu ia belum diserah kepada arwah bapa mertua ketika dia masih hidup atau kepada ibu mertua saya (masih hidup). Arwah juga pernah berpesan kepada anak sulung beliau (isteri saya) agar mengambil 25% dari hasil jualan untuk kegunaan pelajaran cucu arwah (anak pertama kami). Dari RM40,000 ini, RM10,000 telah dibayar sebagai komisyen kepada ejen hartanah. Jadi baki wang tunai yang saya masih pegang ialah RM30,000.

Mengenai 2 tanah tapak rumah anggaran nilai semasa saya ialah RM400,000. Saya berhajat membeli tanah tersebut dari balu arwah (ibu mertua saya sekarang).

Persoalan-persoalan yang timbul adalah:

  • Berapakah pembahagian atau peratusan dari jumlah hasil jualan kedua-dua harta tadi patut diterima oleh: balu (ibu mertua saya), dan 2 anak perempuan dan satu anak lelaki, mengikut hukum Islam?
  • Masih bolehkah saya mengambil 25% dari hasil jualan rumah bunglo itu sekarang bagi kegunaan pembelajaran universiti anak saya?

Harap Ustaz dapat beri penjelasan. Terima kasih , wassalam.

 

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda ﷺ, sahabat Baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda ﷺ.

Nabi ﷺ bersabda:

أَلْحِقُوا الْفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا ، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ

Maksudnya: “Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.”

Riwayat al-Bukhari (6351) dan Muslim (1615)

 

Kedudukan anak lelaki akan mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu bahagian. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ

Maksudnya: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 

                                                                                    (Surah al-Nisa: 11)

 

Kewajipan Sebelum Pembahagian Harta Pusaka

Antara kewajipannya adalah seperti berikut:

  • Hendaklah mendahulukan daripada harta peninggalan si mati belanja kematian dan pengkebumiannya.
  • Melangsaikan hutang si mati sama ada hutang dengan Allah dan hutang dengan manusia. (Jika bergantung pada dengan ain harta peninggalan itu hak seperti zakat, gadaian dan sebagainya hendaklah didahulukan daripada belanja kematian dan pengkebumian)
  • Melaksanakan segala wasiat daripada 1/3 baki si mati berdasarkan ketetapan syarak.
  • Pembahagian pusaka dikalangan ahli waris jika harta masih berbaki. (Lihat Matla’ al-Badrain susunan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2/238)

Pembahagian atau peratusan dari hasil mengikut kaedah faraid bagi dari jumlah hasil jualan kedua-dua harta yang patut diterima oleh:

a. Isteri (Balu)

b. 2 anak perempuan

c. 1 anak lelaki

 

 

PERTAMA: Faraidh / Pembahagian

 

Kiraan 1

Ahli Waris

Fardhu*/ ‘Asabah**

Asal Masalah

Sah Masalah

8

32

Isteri (Balu)

1/8

1

4

2 anak (P)

‘Asabah

7

28

1 anak (L)

‘Asabah

Nota:

**Fardhu: Bahagian yang ditetapkan nas/syarak.

*‘Asabah: Menghabisi pusaka.

 

           

Kiraan 2 (Kiraan Agihan Yang Disahkan)

Ahli Waris

Fardhu*/ ‘Asabah**

Asal Masalah

Sah Masalah

8

32

Isteri (Balu)

1/8

1

4

Anak (P1)

‘Asabah

7

7

Anak (P2)

‘Asabah

7

1 Anak (L)

14

 

 

KEDUA: Pembahagian Harta Pertama RM43,000


 

Pembahagian Pertama (Hak Harta Muawaris)

Harta

Kos / Komisyen

RM

Baki RM

RM40,000.00

Kos / Komisyen ejen hartanah

RM10,000.00

RM30,000.0

 

Wasiat Muwaris (Bapa Mertua) 25% dari hasil jualan RM40,000.00) untuk kegunaan Pelajaran cucu arwah (Anak Pertama bagi anak sulung Muwaris) ***

RM7,500.00

RM22,500.00

Nota :

***Wasiat Muwaris (si mati) diharuskan syarak kerana asasnya cucu tidak layak menerima warisan tetapi layak mendapat harta muwaris dengan wasiat tersebut.

 

Pembahagian Kedua: Harta Pusaka RM (Harta Peninggalan Muawaris) RM22,500.00

Ahli Waris

Fardhu/ ‘Asabah

Asal Masalah

Sah Masalah

RM*

8

32

RM22,500.00

Isteri (Balu)

1/8

1

4

 

Anak (P1)

‘Asabah

7

7

 

Anak (P2)

‘Asabah

7

 

1 Anak (L)

14

 

Nota: *Kaedah Pengiraan

-Bahagian Isteri : Harta RM22500 x 4 / 32 =RM2812.50

-Bahagian Anak (P1): Harta RM22500 x 7 / 32 =RM4921.875

-Bahagian Anak (P1): Harta RM22500 x 7 / 32 =RM4921.875

-Bahagian Anak (L) : Harta RM22500 x 7 / 32 =RM4921.875 x 2

                                                                    

 

KETIGA: Pembahagian Harta Kedua RM400,000

Ahli Waris

Fardhu/ ‘Asabah

Asal Masaalah

Sah Masaalah

RM*

8

32

RM400,000.00

Isteri (Balu)

1/8

1

4

 

Anak (P1)

‘Asabah

7

7

 

Anak (P2)

‘Asabah

7

 

1 Anak (L)

14

 

Nota: *Kaedah Pengiraan

-Bahagian Isteri: Harta RM400,000.00 x 4 / 32 = RM50000

-Bahagian Anak (P1): Harta RM400,000.00 x7 / 32 = RM87500

-Bahagian Anak (P1): Harta RM400,000.00 x 7 / 32 = RM87500

-Bahagian Anak (L): Harta RM400,000.00 x 7 / 32 = RM87500 x 2

 

KEEMPAT: Peringatan

Kaedah pembahagian kedua-dua harta di atas tidak mengambil kira harta sepencarian suami isteri. Jika isteri menuntut hak harta sepencarian semasa bersuami maka selesaikan dahulu hak harta sepencarian tersebut dan kemudian buat pembahagian pusaka tersebut di atas.

Tuntutan hak sepencarian boleh dibuat di makamah atau budi bicara waris bersama isteri (isteri muwaris)

Semoga pencerahan ini memberikan kefahaman dan penghayatan bersama.