Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 76

 

 

SOALAN

Apakah hukum tahallul dengan mencabut rambut secara terus tanpa menggunakan gunting atau pencukur?

 

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hukumnya adalah sah dengan syarat rambut yang dicabut itu tidak kurang daripada tiga helai kerana hasil tahallul dengan menanggalkan rambut dengan apa jua cara sekalipun.

 Maksud bergunting ialah memotong rambut tanpa mencabut pangkalnya. Bercukur dan menggunting itu bukanlah tertentu dengan keduanya sahaja, malah yang dimaksudkan dengan menghilangkan rambut itu ialah menghilangkan dengan apa jua cara sekalipun sama ada dengan cara bercukur, memotong pendek, mencabut, membakar atau menggunting.” (Rujuk I’anah al-Thalibin, 2/291)

Merujuk kepada persoalan di atas, hukum bertahallul dengan cara mencabut rambut tanpa menggunakan sebarang alat adalah dibolehkan dan sah tahallul tersebut. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sekurang-kurangnya tiga helai rambut yang harus dicabut.

 

KESIMPULAN

Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dibolehkan untuk bertahallul dengan cara mencabut terus rambut sekurang-kurang tiga helai. Ini kerana, dalil yang menunujukan kepada arahan ini adalah secara umum tdiak dinyatakan kaedah yang jelas berkenaan hal tersebut. Justeru, mana-mana kaedah yang mencapai maksud tahallul tersebut adalah sah dan dibolehkan. Namun demikian, untuk memudahkan lagi maslahat berkenaan tahallul ini, kami menyarankan para jemaah haji dan umrah untuk menggunakan alat seperti gunting atau pisau cukur dalam melaksanakan ibadah ini kerana dibimbangi perkara seperti mencabut ini akan menyusahkan dan merumitkan lagi jemaah haji. Ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:

 

يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”

(Surah al-Baqarah: 185)

 

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam