Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ
×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 76

 

SOALAN

Apakah hukum menunaikan fardhu haji dari hasil wang haram?

 

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

 

Dalam isu ini, ulama’ berbeza pandagan kepada dua pendapat:

 

Pertama: Pendapat yang dipegang oleh Imam Ahmad. Beliau berpendapat bahawa hukum haji tersebut tidak sah dan tidak diterima berdasarkan kepada hadith di bawah:

 

إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا

Maksudnya: “Bahawa Allah  itu baik (bersih), tidak menerima melainkan yang baik (bersih).” Riwayat Muslim (1015) al-Tirmizi (2989)

 

Kedua: Pendapat yang dipegang oleh jumhur (Syafi’ie, Maliki, Hanafi)

Menurut Imam Nawawi Rahimahullah, apabila seseorang itu melakukan haji dengan harta yang haram atau dia menunggang haiwan tunggangan yang dirampas ataupun haram keatasnya, maka dia mendapat dosa di atas perbuatannya, namun hajinya sah. Ini kerana, haji merupakan perbuatan-perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharamannya adalah disebabkan perkara yang di luar darinya. (Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, oleh Imam Nawawi, 7/62)

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ حَجَّ بِمَالٍ حَرَامٍ إذَا لَبَّى قِيلَ لَهُ لَا لَبَّيْكَ وَلَا سَعْدَيْكَ وَحَجُّك مَرْدُودٌ عَلَيْك

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram, apabila dia bertalbiah, akan dikatakan kepadanya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan buatmu serta hajimu tertolak ke atas dirimu” (Rujuk Hasyiah al-Bujairami, 2/423)

 

KESIMPULAN

Dalam isu ini, kami berpandangan bahawa hukum haji yang dilakukan dengan menggunakan wang haram adalah sah namun penggunaan wang tersebut dikira sebagai berdosa. Ini kerana, pengharaman terhadap perbuatan tersebut adalah disebabkan perkara-perkara yang di luar dari ibadah haji.

Kami mengambil peluang disini untuk menasihati para jemaah haji agar sama-sama meneliti sumber kewangan bagi melaksanakan ibadah haji kerana dibimbangi haji yang kita lakukan itu menjadi sia-sia disebabkan sumber yang haram tersebut. Bagi mereka yang berpeluang untuk menunaikan ibadah haji adalah satu anugerah yang besar daripaada Allah SWT. Justeru, berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai haji yang mabrur.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.

 

Wallahua’lam