Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BAYAN LINNAS SIRI KE-83 : AIR : NIKMAT YANG PERLU DIURUS

bl83

Mukadimah

Air merupakan nadi kehidupan yang teramat penting dalam keselesaan hidup ini. Peri pentingnya air terbukti melalui keperluan yang didambakan oleh manusia daripada perkara asas seperti keperluan air tawar bagi kegunaan harian dan aktiviti pertanian serta perusahaan; sektor pertanian adalah pengguna terbanyak pada kadar 62% diikuti oleh perusahaan 21% dan domestik 17%. Air juga penting bagi alam sekitar sebagai sokongan kepada proses biologi dan untuk menstabilkan suhu global[1].

Sumber bekalan air tawar berasal dari kawasan tadahan air termasuk sungai, tasik dan takungan. Namun begitu, permintaan ke atas sumber air semakin meningkat selaras dengan perkembangan pesat populasi manusia menjadikan kekurangan air sebagai salah satu cabaran utama di kebanyakan negara.

Allah sengaja menjadikan muka bumi ini lebih ¾ merangkumi air. Semuanya menandakan air sebagai jambatan untuk meneruskan sebuah kehidupan yang harmoni dan selesa. Kami nyatakan di sini beberapa nas yang menunjukkan kepentingan air yang wajib diuruskan dengan sebaik mungkin.

Sabda Nabi SAW:

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ: فِي الْمَاءِ وَالْكَلَأِ، وَالنَّارِ

Maksudnya: “Muslim berkongsi dalam tiga perkara, iaitu air, padang ragut dan api.”

Hadis Riwayat Abu Daud (3477) dan Ibn Majah (2472)

Begitu juga terdapat hadis yang lain berkenaan kemurkaan Allah SWT kepada yang menghalang daripada memberi lebihan air kepada manusia, sabda Nabi SAW:

مَنْ مَنَعَ فَضْلَ مَائِهِ، أَوْ فَضْلَ كَلَئِهِ مَنَعَهُ اللهُ فَضْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melarang manusia dari kelebihan air yang dia miliki atau dari sisa tanaman rumput liar miliknya, maka Allah akan melarang (menghalanginya) dari anugerah-Nya di hari kiamat.”

Hadis Riwayat (7177)

Justeru keperluan kita ialah menguruskan air dengan sebaik mungkin adalah satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Dengan berlakunya gangguan bekalan air, maka sudah barang tentu akan menyebabkan kehidupan seseorang atau sebuah keluarga tidak tentu dan tertekan sekiranya air terputus dalam satu tempoh dan jangka masa yang panjang tertentu akan menyebabkan pengguna tidak mungkin dapat bersabar sebaliknya perasaan amarah akan membuak-buak. Kami berpendapat adalah amat wajar isu air menjadi salah satu isu yang perlu diangkat menjadi is utama dalam kehidupan ini.

Kaedah penyelesaian masalah air, antaranya:

Peranan kerajaan

Mengekalkan kawasan tadahan hujan. Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari kawasan tadahan hujan.

Berjimat cermat

Berjimat ceramat dalam menguruskan sesuatu perkara yang di nilai di sisi Syara’ dan sosio masyarakat sebagai daruriyyat atau keperluan hidup. Air merupakan perkara keperluan hidup tanpanya manusia akan merana.

Catuan air

Catuan air hendaklah dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga dan langkah rancangan backup kepada masalah ketiadaan air yang menimpa rakyat. Di samping itu juga rakyat juga perlu mengamalkan konsep catuan untuk lebih meringankan tanggungjawab kerajaan.

Kempen kesedaran

Kempen kesedaran melalui media massa oleh pihak berwajib, dan kempen masyarakat madani dalam menjaga dan menguruskan air sebagai keperluan hidup.

Pengagihan Air Secara Sistematik dan Tersusun

Pihak yang berwajib seharusnya bersedia dalam apa jua keadaan sekiranya berlaku masalah air secara tiba-tiba. Membaiki dan menyelenggara paip atau pusat tadahan air sekiranya pusat tadahan dicemari.

Pengagihan secara tersusun kepada rakyat sekiranya berlaku masalah ketiadaan air. Air hendaklah diagihkan kepada semua tempat yang memerlukan.

Culaan penduduk di setiap tempat hendaklah dibuat atau bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara mengenai jumlah penduduk sesuatu tempat atau daerah, supaya pihak berwajib dapat mengjangka jumlah dan kuantiti air yang perlu diagihkan untuk mengelak daripada pembaziran dan keberkesanan proses pengagihan air yang perlu disediakan mengikut jumlah penduduk.

Semoga krisis air tidak akan berlaku lagi di Negara kita dan berharap agar kehidupan kita sentiasa tenang dan harmoni.

 

[1] Lihat http://www.utusan.com.my/rencana/kepentingan-air-dalam-kehidupan-1.208802.