PUTRAJAYA, 8 JANUARI 2021- Pada pagi Jumaat, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat 2021 yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah kepada seluruh warga PMWP.
Majlis yang telah berjalan selama satu jam setengah itu tadi antaranya bertujuan menyuntik kata-kata semangat dan dorongan kepada semua anggota sebagai bekalan bagi menghadapi persekitaran tahun baharu yang lebih mencabar.
Meskipun pada tahun 2021 ini, kita masih menjalani kehidupan dalam suasana COVID19, namun ia sama sekali bukanlah faktor penghalang ke arah memastikan visi dan misi PMWP sentiasa dapat direalisasikan.Berikut adalah antara intipati amanat yang disampaikan oleh S.S Dr. Luqman :-
1. Sentiasa bermuhasabah diri agar menjadi individu yang lebih amanah dan berintegriti dalam bekerja
2. Selari dengan penambahan jumlah tenaga kerja yang baharu, maka kualiti pelaksanaan “core business” jabatan juga perlu ditingkatkan.
3. Pemerkasaan terhadap bahagian ataupun unit sedia ada dengan mewujudkan Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang diletakkan secara langsung di bawah S.S Timbalan Mufti.
4. Mengeratkan hubungan dengan rakan strategik terutamanya agensi yang berkhidmat di bawah Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama.
5. Membudayakan nilai-nilai ilmu sewaktu bekerja khususnya bagi meningkatkan kompetensi serta tahap profesionalisme para anggota.
Semoga dengan kata-kata amanat yang telah disampaikan, usaha untuk merealisasikan wawasan menjadikan PMWP sebagai peneraju dalam pengurusan fatwa bertaraf dunia dapat dilaksanakan.Amin ya rabbal 'alamin.Siiru ‘ala barakatillah.