Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN KALI KE-149

23 APRIL 2025, KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (MJPHSWP) Kali Ke-149 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Perdana, Kuala Lumpur bermula dari 23 April hingga 25 April 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai isu-isu hukum semasa yang melibatkan kepentingan umat Islam di Wilayah Persekutuan telah dibincangkan secara mendalam. Antara topik utama yang menjadi tumpuan termasuklah hal-hal berkaitan fatwa baru, penyesuaian hukum dengan realiti kontemporari, serta isu-isu fiqh semasa yang memerlukan penelitian lanjut daripada aspek syarak dan maqasid syariah.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam memastikan setiap keputusan hukum yang dikeluarkan berlandaskan prinsip syariah yang sahih, disokong dengan penelitian ilmiah yang rapi serta mempertimbangkan keperluan dan maslahat masyarakat Islam setempat. Sahibus Samahah Mufti turut menekankan kepentingan ijtihad kolektif dalam menghadapi cabaran hukum semasa dan menyeru kepada pengukuhan kefahaman masyarakat terhadap fatwa yang dikeluarkan.