Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM MUZAKARAH MUAMALAT KEWANGAN ISLAM 2026

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, telah menyertai Muzakarah Muamalat Kewangan Islam 2026 sebagai salah seorang pembentang bagi membincangkan tema "Analisis Penggunaan Semula Emas sebagai Sandaran Mata Wang dalam Sistem Kewangan Islam."

Dalam pembentangan bertajuk “Adakah Emas Wajib Dijadikan sebagai Mata Wang dalam Fiqh Muamalat?”, Sahibus Samahah menghuraikan perbahasan fiqh berkaitan kedudukan emas sebagai medium pertukaran serta meneliti pandangan para ulama mengenai penggunaannya dalam sistem kewangan. Beliau turut menekankan kepentingan memahami maqasid syariah dalam menilai pelaksanaan sesuatu sistem kewangan agar setiap dasar dan instrumen yang diguna pakai sentiasa memenuhi tuntutan syarak serta mengambil kira realiti semasa.

Muzakarah ini turut menghimpunkan tokoh-tokoh akademik dan pakar kewangan Islam bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan penggunaan emas, wang fiat serta penciptaan wang dalam sistem kewangan moden dari sudut syariah.

Penganjuran muzakarah ini diharap dapat menjadi platform percambahan ilmu dan pertukaran pandangan dalam memperkukuh kefahaman terhadap perkembangan muamalat serta sistem kewangan Islam yang selari dengan tuntutan syarak.