Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

SESI PERBINCANGAN LANJUTAN CADANGAN PELAKSANAAN KONSEP HIBAH BAGI PRODUK SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan Sesi Perbincangan Lanjutan Cadangan Pelaksanaan Konsep Hibah bagi Produk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bertempat di Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Sesi perbincangan ini melibatkan pihak Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bersama Unit Buhuth, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan telah dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama berkaitan cadangan pelaksanaan konsep hibah dalam produk SSPN, khususnya dari aspek konsep dan struktur hibah, kepatuhan terhadap prinsip Syariah serta proses dan mekanisme pelaksanaannya.

Sesi ini menjadi ruang perbincangan antara pihak yang terlibat bagi meneliti cadangan tersebut secara lebih terperinci, khususnya bagi memastikan struktur dan pelaksanaan konsep hibah yang dicadangkan dapat memenuhi keperluan produk serta selaras dengan prinsip-prinsip Syariah.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa komited dalam memberikan pandangan dan penelitian Syariah terhadap perkara-perkara semasa yang mempunyai kepentingan kepada masyarakat, khususnya dalam memastikan produk dan instrumen kewangan yang ditawarkan dapat dilaksanakan bertepatan dengan prinsip Syariah.