Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

PANEL CERAMAH MADANI 2026: KEDAULATAN NEGARA BERSAMA MENJAGA, BERSAMA MEMBINA

MELAKA, 14 Ogos 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah Madani 2026 bertemakan "Kedaulatan Negara: Bersama Menjaga, Bersama Membina" sempena Program Jiwa Murni anjuran Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).

Program ini turut dihadiri oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan; YBrs. Tuan Haji Ali bin Ishak, Pengerusi Masjid Kelemak; serta YBhg. Brig. Jen. Dato' Ab Jabar bin Mohd Aris, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan (KAGAT).

Ceramah ini turut menampilkan Imam Muda Ashraf bin Mohd Ridzuan sebagai penceramah jemputan. Pengisian program menekankan bahawa kedaulatan negara bukan sekadar mempertahankan sempadan fizikal, bahkan merangkumi pemeliharaan akidah, akhlak, perpaduan, keharmonian masyarakat serta pengukuhan jati diri rakyat berteraskan nilai-nilai Islam dan semangat Malaysia MADANI.

Dalam penyampaian beliau, Sahibus Samahah turut menghuraikan kepentingan setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dalam memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan ummah serta menyemai rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Beliau menegaskan bahawa pembinaan negara yang berdaulat memerlukan kerjasama semua pihak melalui penghayatan nilai integriti, ihsan, saling menghormati dan kecintaan kepada tanah air.

Program ini menjadi wadah penyebaran ilmu dan pengukuhan kefahaman masyarakat mengenai hubungan erat antara penghayatan agama dengan pembinaan sebuah negara yang aman, makmur dan berdaulat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.