Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDDIN (UNISIRAJ) KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA - 18 Ogos 2026, Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UNISIRAJ) yang diketuai oleh Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor UNISIRAJ, bersama Prof. Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Jaringan Global, serta pegawai-pegawai UNISIRAJ.

Sahibus Samahah turut mengemukakan beberapa cadangan berkaitan program dan pengisian bagi Institut Pemikiran al-Qaradawi di UNISIRAJ, khususnya dalam memperkukuh peranan institut sebagai platform pengembangan ilmu dan pemikiran Islam.

Sahibus Samahah turut berkongsi pengalaman beliau dalam mengkaji dan menelaah karya-karya Dr. Yusuf al-Qaradawi, termasuk pendekatan dan pemikiran beliau dalam menangani pelbagai persoalan semasa umat Islam.

Dalam kesempatan tersebut, pihak UNISIRAJ turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sahibus Samahah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam penganjuran Seminar Pemikiran al-Qaradawi.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan UNISIRAJ, khususnya dalam bidang penyelidikan, pemikiran Islam, pendidikan serta pengembangan wacana keilmuan yang memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.