Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM PEMBANGUNANAN SYARIAH: EXECUTIVE WORKSHOP ON ISTINBAT (REASONING) IN ISLAMIC FINANCE

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2026 – Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) telah menganjurkan Executive Workshop on Istinbat (Reasoning) in Islamic Finance khusus untuk Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Bagi menjayakan program tersebut, IBFIM telah menjemput Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan untuk berperanan sebagai tenaga pengajar. Sahibus Samahah telah menyampaikan perkongsian berkaitan kaedah istinbat hukum dalam kewangan Islam, khususnya dalam memahami pendekatan syariah bagi menangani isu-isu kewangan semasa.

Bengkel ini memberi penekanan kepada kefahaman terhadap konsep, prinsip dan kaedah istinbat hukum yang menjadi asas dalam proses penentuan hukum berkaitan kewangan Islam. Perbincangan turut menyentuh kepentingan penguasaan kaedah fiqh dan usul fiqh dalam menilai serta merumuskan penyelesaian syariah terhadap pelbagai isu dan produk kewangan yang berkembang seiring perubahan semasa.

Perkongsian yang disampaikan turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan pendekatan yang berasaskan ilmu, penelitian dalil dan kefahaman terhadap realiti dalam memastikan keputusan syariah yang dibuat bersifat tepat, berasaskan prinsip serta mengambil kira keperluan industri kewangan Islam.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan kepada pihak IBFIM atas jemputan kepada Sahibus Samahah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang istinbat hukum serta kewangan Islam. Semoga perkongsian tersebut dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan menyumbang kepada pemerkasaan kefahaman syariah dalam industri kewangan Islam.