Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

ZIARAH DAN JALINAN KERJASAMA AKADEMIK ANTARA JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN AL-MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY (MEDIU)

PUTRAJAYA, 10 September 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil; Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan ziarah daripada Al-Madinah International University (MEDIU) ke Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi memperkukuh jalinan akademik serta meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua institusi.

Pertemuan ini menjadi wadah perkongsian pandangan dan pengalaman dalam bidang pengajian Islam, di samping membincangkan potensi kerjasama dalam aspek pendidikan, penyelidikan, penerbitan dan perkongsian kepakaran yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.

Jalinan akademik antara JMWP dan MEDIU turut dilihat sebagai satu langkah positif dalam memperluas jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, khususnya dalam memperkasa tradisi keilmuan Islam serta menangani isu-isu semasa berdasarkan pendekatan yang berteraskan ilmu dan kepakaran.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan kepada pihak Al-Madinah International University (MEDIU) atas kunjungan ziarah dan kesediaan untuk memperkukuh jalinan akademik bersama JMWP. Diharapkan hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kerjasama strategik yang menyumbang kepada pemerkasaan ilmu Islam dan kesejahteraan ummah.