Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH KE JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 7 Oktober 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung hari ini.

Delegasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah diketuai oleh Puan Dg Kamariah binti Ag. Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam). Perbincangan telah diadakan berkaitan pengurusan isu-isu penyelidikan kontemporari yang melibatkan pelbagai aspek semasa dan keperluan penyelidikan dalam bidang kefatwaan serta pembangunan institusi Islam. Perbincangan turut menyentuh isu berkaitan wakaf hutan, khususnya dari aspek potensi, pengurusan, pemeliharaan dan kelestarian aset wakaf berasaskan sumber hutan. Perkara ini dilihat mempunyai potensi untuk dikaji dengan lebih lanjut bagi mengenal pasti pendekatan yang bersesuaian dalam memperkasakan pengurusan wakaf serta memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat dan alam sekitar.

Selain itu, perbincangan turut memberi perhatian kepada isu-isu semasa berkaitan fatwa di Wilayah Persekutuan, termasuk keperluan untuk meneliti isu-isu baharu yang timbul selaras dengan perkembangan masyarakat, teknologi dan perubahan semasa. Perbincangan menekankan kepentingan penelitian yang menyeluruh melalui pendekatan penyelidikan, pengumpulan data dan pandangan pakar bagi memastikan sesuatu isu dapat dinilai secara berasaskan fakta serta mengambil kira keperluan semasa. Hasil perbincangan ini diharapkan dapat membantu memperkukuh pengurusan penyelidikan dan proses kefatwaan di Wilayah Persekutuan agar sentiasa relevan, berwibawa dan responsif terhadap isu yang dihadapi oleh masyarakat.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menyambut baik kunjungan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.