Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

SIDANG MEJA BULAT DAKWAH MUALAF DI MALAYSIA: CABARAN DAN AGENDA PEMERKASAAN

PUTRAJAYA, 12 November 2026 – Sidang Meja Bulat Dakwah Mualaf di Malaysia: Cabaran dan Agenda Pemerkasaan telah berlangsung di Mercure Hotel, Putrajaya. Program ini bertujuan menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan dalam memperkukuh usaha dakwah serta pembangunan golongan mualaf di Malaysia.

Sidang meja bulat ini menampilkan pembentangan kertas konsep oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Brother Lim Jooi Soon. Pembentangan tersebut menjadi asas kepada perbincangan berkaitan isu dan cabaran semasa dakwah mualaf.

Program turut menampilkan sesi komentar oleh wakil-wakil agensi serta peserta yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), diikuti dengan perbincangan meja bulat yang menghimpunkan pandangan dan pengalaman pelbagai pihak. Sesi ini memberi tumpuan kepada cabaran, keperluan serta pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi memperkasakan pengurusan dan pembangunan mualaf secara lebih menyeluruh.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sebelum diakhiri dengan pembentangan resolusi. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat menjadi panduan dan asas kepada penambahbaikan usaha dakwah mualaf di Malaysia pada masa hadapan.