Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

CERAMAH PERDANA PARLIMEN HULU LANGAT: MASJID SEPI, DI MANA KITA?

HULU LANGAT, 15 November 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, telah menyampaikan Ceramah Perdana Parlimen Hulu Langat bertajuk “Masjid Sepi, Di Mana Kita?” di Masjid Lubuk Kelubi, Batu 19, Hulu Langat, selepas solat Maghrib. Ceramah ini membawa tema “Menghidupkan Rumah Allah, Menyuburkan Iman dan Ukhwah” sebagai dorongan kepada masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan masjid.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat di bawah pimpinan Yang Berhormat Tuan Mohd Sany bin Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat, dengan kerjasama Masjid Lubuk Kelubi, Batu 19, Hulu Langat. Penganjuran ceramah ini menjadi wadah untuk mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid serta menyemai kesedaran tentang peranannya sebagai pusat ibadah, penyebaran ilmu dan pengukuhan hubungan sesama umat Islam.

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas undangan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga usaha seumpama ini dapat menyemarakkan budaya mencintai masjid serta mendorong penglibatan masyarakat dalam kegiatan keilmuan dan kemasyarakatan yang menyuburkan iman serta mempererat ukhuwah.