Language Options:

hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNG HORMAT JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN KE JAKIM CAWANGAN SABAH

πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”, 𝟐𝟐 πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah bagi membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam semasa serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan.

Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan pengurusan hal ehwal Islam, di samping memperkukuh hubungan kerjasama dalam pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pertemuan tersebut, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan turut berkongsi maklumat mengenai fungsi dan peranan jabatan, khususnya dalam aspek penyelidikan hukum syarak, fatwa dan penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat.

Diharapkan kunjung hormat ini dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua jabatan serta membuka ruang kepada pelaksanaan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada umat Islam.