Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #315 : GIGI BERDARAH SEWAKTU BERPUASA

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 315 (4 JULAI 2016 M / 29 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum, tuan guru.. Pohon bertanya...

Ketika berpuasa terutamanya dlm Ramadhan, gusi @ bhgian mulut saya seringkali mengeluarkan darah secara tiba2.. Terkadang menyebabkn saya tertelannya (darah) berserta air liur tnp sedar terutama bila bangun drp tidur (samada mlm @ siang)..

Lebih menyulitkan, darah yg keluar sukar dihentikan..bahkan membuatkan sy terpaksa berkumur2 dlm tempoh yg sgt lama...kadang2 bila da terlalu lama, sy hny berkumur pada kadarnya dan trus mengerjakan solat serta puasa meskipun darah belum berhenti spenuhnya..dan meletak zhon bhw tu bukan lg zat darah, tp hny kesan drp darah..

Mohon pencerahan dan panduan tuk sy bersuci, solat dan puasa dgn sebaiknya dlm masalah ini..

Terima kasih..

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Semoga Allah terima ibadat saudara. Firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

(Surah al-Baqarah, 2:286)

Firman-Nya lagi:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ

Maksudnya: Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama.

(Surah al-Hajj, 22:78)

 

Firman Allah SWT lagi:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu

(Surah al-Taghabun, 64:16)

Semua nas di atas menzahirkan bahawa kita ditaklifkan mengikut kadar kemampuan yang kita miliki. Insya Allah tidak batal puasa. Semoga Allah menerima ibadah kita semua amin.

Wallahua'lam.