Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #332 : SUAMI MASUK ISLAM, ISTERI KEKAL AGAMA ASAL

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 332 (15 JULAI 2016 M / 10 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum. boleh sy dptkn pnjelasan ttg mualaf? Skiranya sorg bngsa cina yg dh brumhtgga... si suami memeluk agama islam n si istri tetap dgn agama asalnya buddha... bgmna n pe status dgn ikatan perkahwinn mereka sblum ni???? Sy mohon percerahan dgn jelas dlm hal ni sbb sy sy de mslh dgn hal yg bkaitan... bgaimna skiranya mereka still ag tinggl serumah n still bsm sng suami istri sdgkn si suami dh mmuk islam pd thun 2005 n si istri still agama asal smpai skrg??? Sy bhrp pihak tuan/puan dpt bg krjasama dgn jelas dlm hal ni... Trima ksih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Seorang lelaki yang bukan Islam apabila dia memeluk agama Islam, sedangkan bersamanya seorang isteri yang beragama selain Islam atau Ahli Kitab, maka status perkahwinan mereka berdua ditunggu sehingga habis iddah. Sekiranya si isteri masuk Islam semasa tempoh iddah, maka pernikahan mereka tidak terbubar dan boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. Namun, sekiranya sudah tamat tempoh iddah dan isteri masih tidak memeluk Islam, maka terfasakhlah perkahwinan mereka. Rujuk al-Muhadzdzab oleh Imam al-Syairazi (2/456).

Berdasarkan kes di atas, maka jelaslah bahawa antara kedua-duanya bukan lagi suami isteri yang sah.

Wallahua’lam.