Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #340 : PETUA PANJANG UMUR

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 340 (25 JULAI 2016 M / 20 SYAWAL 1437 H)

 

SOALAN:

Asalamualaikum Tuan Sahibusamahah Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri,
Saya ingin bertanyakan berkenaan doa dipanjangkan umur. Adakah benar amalan untuk panjang umur dengan mengamalakn ayat 128-129 Surah at-Taubah selepas solat Fardhu?

 

JAWAPAN:

 

Waalaikumussalam wbt,

Kami tidak tahu. Hanya yang kami mengetahui akan dengan berdoa kepada Allah SWT untuk umur dipanjangkan, berdasarkan athar dan hadis Nabi SAW. Anas bin Malik RA pernah didoakan oleh Rasulullah SAW:

اللَّهُمَّ، أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ، وَأَطِلْ حَيَاتَهُ، وَاغْفِرْ لَهُ
Maksudnya: Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya, anaknya, panjangkanlah hayatnya, dan ampunilah dosanya.

Hadis riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad (653)

Begitu juga antara asbab panjang umur ialah dengan menyambung dan memelihara silaturrahim, seperti tsabit daripada hadis Anas juga:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang suka untuk diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka sambungkanlah silaturrahim.

Hadis riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih (2067)

Wallahua’lam.