Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #328 : MENJALANI IDDAH DI RUMAH ANAK

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 328 (12 JULAI 2016 M / 7 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Datuk,

Saya ada satu soalan...bolehkan isteri menjalani tempoh iddah kematian suami di rumah anaknya. Untuk makluman arwah suaminya itu meningggal dirumah si anak tersebut semasa dlm jagaan si anak bersama ibunya kerana arwah sedang sakit ketika itu. Persoalan ini timbul sebab si anak risau akan ibunya bersendirian dirumahnya dalam tempoh iddah kerana anak tinggal berasingan dan semuanya sudah berkahwin. Ibunya juga menghidap penyakit darah tinggi namun terkawal. Mohon penjelasan Dato Mufti. Terima Kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Jika keadaan ibu tersebut seperti yang saudara penanya gambarkan, dengan keadaan ibu yang memerlukan sokongan dan dokongan dariapda anak-anak beliau, maka hukumnya dibolehkan menjalani iddah di rumah anak tersebut.

InsyaAllah.

Wallahua’lam.