Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #320 : MENJAMPI BAHAN TERTENTU DENGAN DOA

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 320 (7 JULAI 2016 M / 2 SYAWAL 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Datuk Tuan mufti apa hukum membaca doa kepada air atau kismis atau bahan2 lain yg halal dgn tujuan mengubah sikap si pemakan untuk menjadi baik atau seumpamanya? Rerima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Dalam hal ini asbabnya ialah berdoa, dengan cara tersebut dianggap sebagai wasilah, dan amalan ini yang digunakan oleh sebahagian orang soleh. Mereka berpaksikan beberapa nas, perbuatan sahabat dalam hal ini.

Kami cenderung kepada dibolehkan tetapi dengan syarat yang mesti dipatuhi:

1- Yang memberi ta’thir (kesan) ialah Allah SWT.

2- Ia sebagai asbab semata-mata

3- Penting berdoa dan meminta kepada Allah SWT

4- Dijauhi daripada sebarang bentuk yang boleh membawa kepada khilaf.

Semoga pencerahan ini dapat merungkai masalah. InshaAllah kami akan menjawa isu ini akan dating dengan perbahasan yang lebih lebar berserta dengan dalil-dalilnya pada masa akan datang.

Wallahua’lam.