Language :  
Theme Color: blue green oren
Text Size : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 41 (12/05/2015 BERSAMAAN 23 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum Ustaz. Saya ada terbaca dalam sebuah risalah tentang solat jemaah yang imam membaca dengan kuat seperti Subuh, Maghrib dan Isyak. Di dalam risalah tersebut menyatakan makmum hanya perlu mendengar bacaan al-Fatihah yg dibaca oleh imam sahaja dan tidak perlu lagi membaca al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Mohon pencerahan

 

JAWAPAN

Ketika imam membaca Fatihah, memang kita perlu mendengar sehingga habis dan sama-sama menyebut amin. Selepas itu hendaklah makmum membaca Fatihah dan tidak memadai Fatihah imam kerana nas hadith yang sahih menunjukkan setiap orang yang solat hendaklah membaca Fatihah. Dikecualikan dalam mazhab Syafie pada satu keadaan sahaja iaitu makmum tersebut adalah masbuq iaitu beliau datang untuk solat dan apabila bertakbir, imam sudah bertakbir untuk rukuk menyebabkan beliau tidak sempat membaca Fatihah atau tidak sempat menghabiskannya. Maka ketika itu dia bolehlah rukuk bersama imam dan hadith menyebut Imam akan menjadi penjamin.