Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #15 : HUKUM MENGGUNAKAN DUIT LEBIHAN OT YANG BUKAN MILIKNYA

SOALAN 15 (27 APRIL 2015 BERSAMAAN 8 REJAB 1436H)

Assalammualaikum ustaz. Saya ingin bertanya satu soalan. Penyelia saya selalu memberi ‘over time’ (OT) lebih daripada waktu bekerja. Contohnya pekerja hanya membuat kerja OT selama 3 jam, tetapi penyelia mengira 5 jam tanpa pengetahuan syarikat. Apakah hukum saya mengunakan lebihan duit daripada OT lebih masa yang diberikan itu?

 

JAWAPAN

Sepatutnya claim OT berdasarkan tugasan yang diamanahkan. Ini adalah cara yang terbaik. Cumanya boleh jadi pihak penyelia tuan melihat dari sudut yang lain atau syarikat itu miliknya maka berhaklah dia memberi OT berdasarkan pertimbangannya. Walaupun begitu, bagi pihak tuan lebih aula memasukkan dalam tabung syarikat seperti tabung kebajikan hasil daripada lebihan OT sebagai jalan keluar dariapda sebarang kekhilafan.