Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #21 : MAKSUD SYAHADAH DARI SUDUT PANDANGAN ILMU

SOALAN 21 (28 APRIL 2015 BERSAMAAN 9 REJAB 1436H)

Saya ingin meminta ustaz perjelaskan maksud syahadah dari sudut pandangan ilmu. Wassalam.

 

JAWAPAN

Asalnya dengan maksud penyaksian. Justeru, rukun pertama dalam Islam disebut sebagai dua kalimah syahadah. Kemudian, diguna kalimah syahadah ini untuk sijil yang diperolehi daripada badan yang berautoriti seperti pusat pengajian dan juga dari guru-guru yang berkaliber. Justeru, penggunaan ini lebih cermat apabila tempat pengajian itu cukup berwibawa dan guru atau syeikh itu memang dikenali dengan kepakaran dalam bidangnya.