Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #27 : DHAWABIT PERNIAGAAN DAN PELABURAN YANG SELAMAT

SOALAN 27 (05/05/2015 BERSAMAAN 16 REJAB 1436H)

 

Assalamualaikum, Ustaz. Apakah hukum tentang bisnes phyto science stem cell?

 

JAWAPAN

Minta maaf, saya belum mengetahui bentuk dan cara perniagaan tersebut tetapi dhawabit yang mudah dalam apa-apa perniagaan atau pelaburan jika selamat daripada syarat berikut maka hukumnya halal

  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur penipuan
  • Menepati akad yang disyaratkan oleh syarak
  • Tiada unsur penindasan kepada mana-mana pihak
  • Tiada barang yang haram

Jika syarat-syarat ini dapat dipenuhi, maka perniagaan adalah menepati syariat dan hukumnya adalah halal.