Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

membaca al-Quran untuk saudara mara

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 240 (5 APRIL 2016 M / 27 JAMADILAKHIR 1437 H)

 

SOALAN:

Asalamualaikum ustaz. Saya ingin tahu apakah hukum membaca al Quran untuk saudara, ibu bapa dan adik beradik dan sebagainya. Ada kah amalan diterima oleh Allah SWT?

 

JAWAPAN

Waalaikumussalam wbt,

Hukumnya terbahagi kepada dua;

Pertama: Membaca al-Quran untuk orang masih hidup. Kami cenderung bahawa hukumnya tidak dibolehkan, sebaliknya amalan itu dilakukan sendiri oleh orang berkenaan. Firman Allah Taala:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya

(Surah al-Najm, 53:39)

Firman Allah Taala:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya: Bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(Surah al-Muzammil, 73:4)

Pengecualian ialah bagi kes ruqyah syar’iyyah, yakni membaca al-Quran bagi tujuan rawatan dalam kaedah ruqyah adalah dibolehkan berdasarkan nas yang sahih.

Kedua: Membaca al-Quran bagi orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat khilaf dalam kalangan ulama tentang sampaikah pahala bacaan al-Quran kepada orang mati. Kami cenderung kepada pendapat yang mengatakan boleh sampai berdasarkan pendapat sebahagian ulama Syafieyyah antaranya Imam Nawawi Rahimahullah dan lain-lain.

 

Wallahua`lam.