Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Hukum Hak Cipta: Mencetak balik CD Ceramah

 
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 242 (8 APRIL 2016 M / 30 JAMADILAKHIR 1437 H)
 
SOALAN:
 

Assalamualaikum ustaz,

apakah hukum sekiranya saya membeli CD ceramah, kemudian saya copy/burn/ cd tu, atas tujuan nak bagi pada kawan untuk share ilmu agama, adakah salah dan berdosa tindakan sedemikian? mohon pencerahan.

 
JAWAPAN:
 

Waalaikumussalam wbt,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, hak cipta bererti:

hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll).

 

Hukum hak cipta di sini boleh dibahagikan kepada dua keadaan:

Pertama: Dilihat kepada keadaan penceramah dan penganjur, jika mereka tidak kisah dan aktiviti ceramah itu hanya kerana ilmu, maka dibenarkan mengulang cetak untuk perkongsian.

Kedua: Jika pihak penganjur dan penceramah meletakkan bayaran tertentu untuk hadir, bagi tujuan menanggung kos-kos ceramah, maka tidak dibenarkan ulang cetak tanpa keizinan kerana seolah-olah mengambil hak orang lain tanpa izin.
Wallahua`lam.