Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

pakai rantai bagi lelaki untuk perubatan

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 218 (21 MAC 2016 M / 12 JAMADILAKHIR 1437 H)

 

 

SOALAN:

Assalammualaikum Tuan Guru.

Saya ingin pandangan Tuan mengenai rantai yang bukannya untuk perhiasan akan tetapi untuk menggantung alat sebagai ikhtiar kepada tubuh untuk menggantikan cas ion positif di dalam badan yang memudaratkan tubuh badan dengan cas ion negatif? Mohon penjelasan Tuan.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Rantai ialah pakaian bagi kaum wanita. Pemakaian rantai bagi kaum lelaki boleh membawa kepada fitnah yang diperkatakan orang dan membuat masyarakat kurang selesa. Maka dalam isu ini, sebaiknya elakkan tasyabbuh. Daripada Abu Hurairah RA bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  لَعَنَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لُبْسَةَ الْمَرْأَةِ، وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لُبْسَةَ الرَّجُلِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.

Hadis riwayat Imam Ahmad (8309) dalam Musnad.

Jika benar bahan rantai berkenaan bermanfaat kepada rawatan tubuh badan, boleh sahaja diletakkan di dalam poket, atau di tempat lain selain dikalungkan. Begitu juga, perlu diperhatikan juga, adakah rantai berkenaan telah dikenalpasti di sisi santifik yang menunjukkan dakwaan kesan perubatan itu benar-benar wujud. Kalau hanya berdasarkan sangkaan semata-mata tanpa pembuktian saintifik, maka itu tidak boleh dijadikan asas. Rujuk Kementerian Kesihatan yang berautoriti dalam isu sebegini.

 

Wallahua`lam.