Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI LI AL-FATAWI KE- 574: SOLAT BEJEMAAH DI LUAR SAF KERANA ANAK MENGGANGGU

Soalan: Bolehkah saya solat di luar saf di dalam masjid jika khuatir anak saya mengganggu jemaah lain? Saya tidak boleh tinggalkan anak di rumah kerana tak ada sesiapa yang menjaganya.

Jawapan:

Kami telah memberikan syor secara umum dalam Bayan Linnas Siri Ke- 63. Antara syornya adalah

  • Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.
  • Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Kami syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

Sememangnya solat di luar saf dalam masjid adalah dibenarkan berdasarkan mazhab Syafie namun, apa yang lebih utama adalah solat di dalam saf. Nabi SAW begitu menekankan kepentingan solat di dalam saf sebagimana sabdanya:

مَا أَنْكَرْتُ شَيْئًا إِلَّا أَنَّكُمْ لاَ تُقِيمُونَ الصُّفُوفَ

Maksudnya: ““Tidak ada yang aku ingkari kecuali kalian tidak lagi menegakkan saf-saf”

(Riwayat al-Bukhari, no. 724)

Oleh itu, kami menyarankan tuan untuk solat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.