Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

JENIS TANAMAN DAN BUAH-BUAHAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

SOALAN 57 (22 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 09/07/2015)

Apakah jenis tanaman dan buah-buahan yang diwajibkan zakat?

 

JAWAPAN

Tanam-tanaman dan buah-buahan yang wajib dizakatkan adalah yang menjadi makanan asasi manusia dalam keadaan biasa, boleh disimpan lama, dan tidak rosak. Antara buah-buahan yang wajib zakat ialah kurma dan anggur manakala tanam-tanaman pula adalah seperti gandum, barli, padi, kacang, dal, kacang putih, jagung dan sebagainya. Sebarang makanan pada masa kesusahan dan musim kemarau tidak dianggap sebagai makanan asasi. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ

Maksudnya: Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetic hasilnya.

(Surah al-An’am: 141)

 

Dalam al-Masailal-Mustajiddahmenyebut dhawabit zakat tanaman:

  • Jenis bijian seperti gandum, sya’ir, kacang dan lain-lain.
  • Jenis buahan yang disukat dan disimpan seperti kurma, zabib, fustuq(kacang cerdik).

 

Ini berdasarkan pernyataan al-Buhuti dalam Syarah al-Muntaha (2/226): “Wajib zakat pada setiap yang boleh disukat dan ditimbang secara nas.”

 

Atas asas inilah jenis-jenis tanaman tidak dikenakan zakat:

  • Buah-buahan seperti epal, pisang, limau, durian, salak, duku, langsat, rambutan, belimbing, dan lain-lain.
  • Jenis sayur-sayuran termasuk bawang putih, bawang merah, sawi, kubis dan lain-lain.
  • Jenis sayuran renek seperti jarjir, na’na’, khurfus, tauge dan lain-lain.
  • Jenis yang bukan bijirin dan buah-buahan seperti kapas juga tidak diwajibkan zakat.