Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HARTA KEKAL YANG BERKEMBANG DIKENAKAN ZAKAT

SOALAN 61 (22 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 09/07/2015)

Apakah harta kekal yang berkembang dikenakan zakat seperti rumah kediaman?

 

JAWAPAN

Ia dikenali sebagai al-Mustaghallat. Maksud al-Mustaghallatadalah merupakan harta kekal yang berkembang seperti rumah kediaman, kilang, kenderaan, ladang ternakan ayam, kapal terbang, kapal laut dan lain-lain. Kesemua harta tersebut adalah merupakan modal berkembang yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada tuan punya harta tersebut. (Muhammad Hasan al-Madani).

Terdapat dua pendapat yang membezakan permasalahan ini:

Pertama: Menyatakan tidak kena zakat ke atas al-Mustaghallat. Pandangan ini adalah pandangan sebahagian ulama antaranya IbnHazm, al-Syaukani, Sidek Hasan Khan dan lain-lain. Antara hujah mereka ialah tidak ada nas yang sorih sama ada daripada al-Quran dan al-Hadith yang menunjukkan kepada kewajipan tersebut. Tambahan pula Rasulullah SAW sendiri telah menetapkan harta-harta yang diwajibkan zakat dan ianya tidak termasuk al-Mustaghallat. Begitu juga, para fuqaha’ tidak menetapkan perkara tersebut. Jika didapati keuntungan daripada al-Mustaghallat itu, maka harta tersebut kekal sehingga cukup haulnya dan hendaklah dikeluarkan untuknya zakat emas dan perak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. (Muhammadal-Sa’idWahbah& Abdul Aziz MuhammadRasyid).

Kedua: Diwajibkan zakat ke atas al-Mustaghallat. Ini adalah pendapat sebahagian ulama Malikiyyah, al-Hanabilah, al-Hadaiwiyah, daripada Zaidiyyah dan juga pendapat sebahagian daripada ulama kontemporari seperti Abu Zuhrah, Abdul WahabKhallaf dan Abdul Rahman Hassan.

            Semoga kita memahami isu zakat ini dengan jelas mengikut pendapat para ulama yang muktabar. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi jenis zakat dan hukumnya yang dibahaskan oleh para ulama, antaranya zakat kuda, zakat harta haram dan lain-lain.