Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

ZAKAT RUMAH ATAU TEMPAT TINGGAL

SOALAN 71 (29 RAMADAN 1436H BERSAMAAN 16/07/2015)

Zakat bagi rumah atau tempat tinggal. Adakah diwajibkan?

 

JAWAPAN

Sebenarnya, tempat tinggal atau rumah diwajibkan zakat kerana ia merupakan keperluan dalam kehidupan setiap individu. Secara terperincinya seperti berikut:

  • Tempat tinggal yang disediakan untuk mendalaminya tidak wajib zakat secara mutlak.
  • Tempat tinggal yang disediakan untuk tujuan perniagaan termasuk dalam barang perniagaan, maka wajib zakat mengikut nilainya selepas setahun atau cukup
  • Tempat tinggal yang disediakan untuk sewaan hanya wajib zakat berdasarkan nilai sewaannya sahaja.
  • Keputusan yang sama dibuat berkenaan dengan segala rumah dan tanah sewaan ianya tidak diwajibkan zakat tetapi sewaannya sahaja diwajibkan