Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM BERCUMBU DENGAN ISTERI DI SIANG HARI BULAN RAMADAN

SOALAN 35 (25/06/2015 BERSAMAAN 08 RAMADAN 1436H)

 

Apakah hukum bercumbu dengan isteri pada siang hari bulan Ramadan?

 

JAWAPAN

Makruh secara tahrim bercumbu dalam bulan Ramadan dengan isterinya pada siang hari bagi orang yang syahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan. Inilah pendapat Mazhab Hanafi dan Syafie. Walaupun begitu, Ibn Munzir berkata: “Telah memberi rukhsah (pada bercumbu) oleh Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Ata’, Sya’bi, al-Hasan, Ahmad dan Ishak.”

Oleh itu, amat wajar bagi seseorang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang berkemungkinan mendorong kea rah yang ditegah oleh syarak.