Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

HUKUM QADHA' PUASA BAGI ORANG YANG MENINGGAL DUNIA

SOALAN 40 (26/06/2015 BERSAMAAN 09 RAMADAN 1436H)

Apakah hukum mengqadha’ puasa orang yang meninggal dunia?

 

JAWAPAN

Orang yang meninggal dunia sebelum mampu mengqhada’ puasanya, tidak berdosa dan puasanya tidak perlu diganti disebabkan bukan kecuainnya.

Sementara orang yang meninggal dunia sebelum mengqhada’ puasanya, sedangkan dia telah mampu melakukannya, walinya sunat berpuasa bagi pihaknya, menggantikan puasanya yang tertinggal. Yang dimaksudkan degan wali berpuasa untuk si mati bagi puasa yang ditinggalkannya ialah kaum kerabat atau waris si mati yang berhak menerima pusaka atau tidak. Ini adalah pendapat Imam al-Nawawi yang terpilih dalam Tashih al-Tanbih.