AHLAN WA SAHLAN: AL-FADHIL SYEIKH DR. HUSAMUDDIN BIN AL-'ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD SOLEH FARFUR

ISNIN | 24 OGOS 2015 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini menerima kunjungan hormat daripada ulama besar Syria, al-Fadhil Syeikh Dr. Husamuddin bin al-'Allamah Syeikh Muhammad Soleh Farfur. Beliau ialah rektor Universiti Fatah al-Islami di Damsyik dan merupakan pakar dalam bidang fiqh dan pendidikan. Beliau dijangka akan berada di Malaysia selama sepuluh hari mulai hari sabtu lepas.


Print   Email